KEUNIKAN COKLAT

Salah Faham Terhadap Coklat


Ramai beranggapan coklat adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan. Hasil kajian mendapati fakta ini tidak tepat sama sekali.


Coklat mempunyai khasiat dan kebaikan yang tersendiri. Ia turut disarankan sebagai salah satu diet yang sihat. Sebelum ini, mungkin kita terdengar tentang kenyataan-kenyataan negatif mengenai coklat. Antara perkara karut yang paling tersebar luas adalah coklat menyebabkan jerawat, menggemukkan, penyebab sakit jantung dan merosakkan gigi.




Makan Coklat Baik Untuk Kesihatan


Utusan Malaysia, Jumaat - 20 Ogos 1999


London - Penyelidik mendapati coklat adalah sumber sejenis bahan anti pengoksidan cetechin yang serupa dengan teh. Kajian yang dijalankan oleh sekumpulan doktor Belanda mendapati coklat itu sebenarnya adalah bahan perasa asli seperti teh mengandungi kompaun yang mampu melindungi kimia dalam tubuh daripada membinasakan sel-sel kita. Kebaikan coklat pula ialah sebagai bahan anti pengoksidaan yang berkesan. Kandungan anti pengoksidaan tersebut dalam coklat adalah empat kali ganda banyaknya berbanding kandungannay di dalam teh.




Kandungan Coklat


Selama ini coklat dianggap sebagai makanan junk yang tidak sihat bahkan boleh memudaratkan kesihatan. Justeru, kajian demi kajian telah dijalankan bagi mendapatkan fakta sebenar. Hasilnya telah membuktikan beberapa kenyataan berkaitan kebaikan dan khasiat coklat.


Coklat bukan sahaja sejenis makanan yang berkhasiat tetapi turut menyumbang kepada pemakanan yang seimbang. Berikut adalah fakta asas pemakanan seimbang:


  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata.
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga.
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga.
Hasil kajian membuktikan coklat boleh menyumbangkan:
  • 15% lemak
  • 6% protein
  • 17% karbohidrat
  • 15 tenaga
  • + + vitamin dan mineral yang diperlukan
Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik (sejenis asid tidak tepu) yang berperanan merendahkan paras kolestrol dalam darah. 

Asid sterik (asid lemak tepu) yang terkadung dalamnya pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolestrol.



Coklat Untuk Kecantikan Kulit


Coklat dapat membantu meningkatkan kecantikan kulit. Khasiat yang terdapat dalam coklat membantu untuk menjaga kelembutan, melembapkan, mengencangkan dan memperhaluskan kulit.


Coklat juga dalam memperlambatkan penuaan pada kulit dan mencegah kekerutan pada wajah. Sebab itulah wujudnya produk kecantikan yang menjadikan coklat sebagai bahan membuat mask.




Melindungi Serangan Jantung


Kandungan coklat yang kaya dengan anti oksidan seperti catechins dan phenols membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Anti oksidan seperti ini juga terdapat dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.


Coklat hitam dikatakan mempunyai 4 kali ganda kadar catechins dan phenols berbanding teh.


Phenols dapat membantu melingdungi serangan jantung. Anti oksidan yang wujud bukan sekadar melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia mengahalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat.




Tidak Menggemukkan


Coklat tidak menggemukkan. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meninggkatkan kalori. Sekiranya kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, inilah yang menyebabkan kegemukan.




Hilangkan Stres


Endorphins dan coklat membuatkan kita rasa gembira. Pengambilan coklat boleh menguatkan sistem pertahanan badan dan boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema.  Ia juga meningkatkan tahap rasa sihat.





Anti-kerosakan Gigi


Melalui kajian yang dijalankan mendapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.


Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak pula adalah sisi makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.


Kasein di dalam coklat susu pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid. Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.


Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


Lemak koko yang merupakan bahan asas dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.




Nilai Tenaga Yang Tinggi


Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk yang mudah dan padat. Ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti ekspidisi pendakian, perkemahan, berbasikal, bersenam dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain.


Ia merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan tak kira tempat dan masa.


Sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji epal, sebiji oren atau sejumlah kismis dengan berta yang sama.


Kajian telah dan jelas membuktikan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.


**
Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators
                            Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association       
                            of the U.S.A